أهلا وسهلا ومرحبا بكم

SELAMAT DATANG KE MALAYSIA TRADE CENTRE MART SEMOGA ANDA DAPAT FAEDAH BERGUNA UNTUK MENJADI USAHAWAN MUSLIM

Saturday, March 19, 2011

Kenali Pengedar Anda - En Rosli Mohd Yusoh

Assalamualikum...

Hari Ini jom kita berkenalan dengan rakan pengedar kita En Rosli Bin Mohd Yusoh. Beliau tinggal di Taman Desa Surada , Bandar Baru bangi , Selangor . Ikuti temubual dengan beliau yang mungkin boleh dijadikan panduan dan iktibar kepada kita semua.




1.Bila mula tertarik dengan produk Timur Tengah ?

Pada mulanya saya ke Mekah tahun 1996 .. Di sana saya selalu minum air mango .. jadi saya amat tertarik dengan kepekatannya dan ia dibuat dari jus yang sebenar dan bukan cordial seperti yang terdapat banyak di pasaran Malaysia… Di Malaysia saya tercari-cari produk yang mempunyai ciri-ciri seperti yang saya minum di Mekah .. sehinggalah saya berjumpa dengan produk Faragello saya dapati kualiti serta rasanya yang sedap sesuai untuk sebagai minuman sarapan pagi di mana ianya tidak memedihkan perut …. Seterusnya saya mohon untuk jadi pengedar produk ini.

2. Bagaimana anda dapati penerimaan masyarakat terhadap jus ini ?

Rata-rata yang mencubanya mengatakan ia minuman yang sedap… kebanyakannya membeli dengan saiz yang besar… ramai juga membeli satu kartun untuk di bawa pulang dan dikongsi bersama keluarga mereka…

3.Adakah anda menyakini perniagaan akan berjaya ?

Saya menyakini perniagaan ini akan berjaya terutamanya kepada mereka-mereka yang rajin untuk mengedarkan produk ini…

4.Apakah nasihat anda kepada sesiapa yang ingin menceburi perniagaan ini ?

Peniagaan merupakan suatu perjuangan… produk ini merupakan produk keluaran orang Islam yang diyakini kehalalannya yang mana kita dapat membentuk pasaran produk muslim dalam memperkembangan ekonomi kita bersama-sama . Saya menyeru kepada anda semua supaya tidak menjadi penonton dan hanya bertindak selepas melihat orang lain berjaya…. Bertindaklah segera dengan menghubungi syarikat untuk menjadi pengedar……

No comments:

Post a Comment